Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah setelah lama berniat untuk mempunyai sebuah blog berkaitan business, akhirnya Allah SWT mempermudah urusan saya pada hari ini untuk mula menulis.
Sejarah saya dan perniagaan business ini bermula sejak saya di bangku sekolah rendah lagi. Bermula dengan menjual roti bakar buat umi di dalam bas sekolah, kemudian sebagai pelayan di restoran hinggalah terlibat dengan menjual kereta terpakai dan catering semasa belajar di Sydney.
Penglibatan saya ini mungkin kesan daripada kedua ibu bapa saya yang juga terlibat dengan pelbagai perniagaan. Mungkin sekarang saya dan mereka masih belum bergelar jutawan, tapi langkah demi langkah di atur untuk mematangkan diri dengan dunia business.
InsyaAllah dalam blog ini saya akan kongsikan pengalaman dan catatan hidup saya (suka duka) dalam dunia business.
Jumpa lagi di catatan akan datang.
Moga Allah memberi kekuatan untuk saya terus menulis.
No comments:
Post a Comment